Jan 16, 2008
Kita bertemu lagi

Dah lama dahhhh..tu lah yang boleh aku kata.Dah lama sangat tak masuk blog ni.Dah masuk tahun baru pun...tak dak kesempatan nak masuk sebab kat tempat kerja baru tak dapat lagi komputer.Jemu tak sangga ...macam dok kat zaman batu bila kita tak boleh nak masuk gerbang dunia ni.Nama pun menumpang komputer opis..lainlah kalau dok guna komputer sendiri.Apa  habaq my friend..sangkelu..Jah...dua orang yang selalu jengah blog aku ni...

Selama ada kat tempat baru...aku rasa seronok...walaupun sangat sangat terpencil aku rasa tenang.No sembang sembang kosong..no umpat mengumpat..no dengki mengdengki..lagi pun selangkah dua saja dengan masjid.Hati senang..kerja pun tenang...Susah sikit tak pa..Jauh hantaq anak mai sekolah pun tak pa..janji aku selesa.

Anak-anak semua okey...Aiman dah enam tahun.Oh..hari ni birthday dia..HAPPY BIRTHDAY AIMAN..!!!Dah nam tahun tapi masih sama kalau kita hantaq ke sekolah susah sangat nak berenggang dengan ibu dia ni.siap peluk peluk lagiii...macam cerita hindustan.Naily okey..makin hari makin bijak dia.Cuma dua tiga hari ni dia tak mau nak makan sangat...dia nak main saja.Kalau time aku balik kerja dia nak aku dukung dia saja.Pada hal dia tak boleh jalan cekap dah.NAk manja la tu..aku tinggai dia sehari suntuk...sian anak aku tu.

Ayah anak-anak aku??Emmm..mcm tu la..okey okey saja.Walalupun kadang krisis kewangan melanda keluarga..dia masih okeyy saja sedangkan aku ni mcm nak putus urat pikiaq mana nak cekau duit.

Tah la..hidup kena teruska jugak....anak-anak tetap aku bagi keutamaan.Nak bagi yang terbaik...sekurang anak-anak aku kena pandai dari aku.Kerja lebih baik dari aku.Setakat la sepasang ni dah cukup kot.Kalau nak ikut...sepuluh pun boleh.TApi kualiti lebih baik dari kuantiti.

Adios..jumpa lagi dilain kesempatan.mungkin untuk dua tiga hari ni boleh lagi masuk blog ni.Sementara berada disini.Jumpa lagi..Wink


Posted at 08:47 am by kacangpoi
Make a comment  

May 23, 2007
Aku Akan Pergi...

Assalamualaikum..

Emmm .. tak lama lagi aku dah nak pindah tempat kerja.Tempat baru.Masuk kampung ....nuunnnn di belakang masjid nuuu.Sebab aku nak tukaq ..emm bukan tak seronok kerja disini..seronok sangat.Tapi demi satu perubahan hidup..aku kena berubah jugak..Kerja,sama saja...tapi gaji tinggi sikit dari sekarang.

Nanti lambat la aku nak masuk blog kesayangang aku ni.Ntah bila nak dapat internet tak tau la lagi.Aku mesti rindu kat kawan kawan kat sini...suasana disini..ishh sedihnya.tapi tak pa..hari hari aku boleh mai kat kawan kawan kat sini pasai Aiman masih sekolah kat depan sini lagi.

Emm ok lah tak boleh nak tulis banyak bayak..pasai "boss" bawak anak dia mai kerja, so dia dah dok mula tekan tekan komputer ni..kacau sungguh.CAu


Posted at 09:27 am by kacangpoi
Make a comment  

Apr 2, 2007
Dah lama dahhh...

Assalamualaikum..

Memang dah lama sangat aku tak masuk blog.Selain daripada komputer dan internet ni buat hal...aku segan sebenaqnya nak masuk kerap sangat blog.Bukan nya apa kang ada kata aku makan gaji butaaa.Tak dak keja lain ka selain dari masuk blog.Hari rasa teringat nak guna internet yang dah lama berabukk at ats ni...so,aku terjah aja lah.

Sebenaqnya pagi tadi ada xtvt kecergasan kat Denai.Aku tak pi pun pasai moto pancit.Dengan Aiman sekali tak pi sekolah.Aku mai keja pun dah 9.30.Al maklum sajalah mana kedai moto nak buka pagi pagi buta nan hening ni...hehehe..melepassss lagi xtvt tu.Kalau badan naik jangan pulak dok hairannn yaa.

Nayli ada kat rumah.Dok ngan tok dia.Makin hari makin cerdik..dah pandai tarik rambut abang dia.Abang pulak jenis tak melawan ..biaq saja adik dia tarik.Nampak macam adik ni nakai sikittt niii.Tapi Nayli tak banyak ragam lah.baik saja.

Jah..?Apa habaq agaknya.Tak keluaq lagi hospital.Aku tak lagi pi tengok.Tak dan nak pi lagi.Aku kirimkan doa semoga Jah sihat seperti sediakala.Amin.

Emmm...tak apa ya..nak cau dulu .Hangat mcm dok kat dalam dapoq minyak rasanya ni.Cauuuu


Posted at 11:17 am by kacangpoi
Make a comment  

Mar 1, 2007
semakin hari kupandang..

Assalamualaikum..emmmm...pagi ni aku dan la jugak masuk blog. semedang org tak ramai mai ni..aku curik la masa keja aku.hari ni keja dengan adik aku..adeq hazz.dia dok jaga komputer kat atas nu.jaga komputer..buka jaga org guna komputer..sebab mmg belum ada org lagi kat atas nu.tak pa lahh..mesti dia dok main tenet la tu.hemmm..tah laaa...kalau dia dok kat kaunter bwh ni..aku pun tak tau nak sembang apa dengan dia.aku buat lawak kat dia ..aku yg gelak..dia selamba saja.nampak sangat lawak aku tu lawak slapstik!kawan kawan lain pi kangaq .bertugas kat pesta buku.aku kena hari ahad nanti...alahaiii tak sabaq nak pi laaa.nak tgk novel baru...hehehehhee....

Hari ni Aiman ok pi sekolah.Dah tiga hari asyik teriak bila aku tinggai dia kat sekolah.tp cikgu kata sat saja dia teriak.pas tu ok.manja lebih anak aku yang sorang ni.Nayli nanti dua tahun aku nak hantaq pi sekolah dah.bukan apa ...sekolah dan mengasuh...senang sikit.la ni mak dan mak asyik buat muka ja bila aku tinggai anak....sian kat aku...aku fahammmm...nak buat mcm mana.aku nak bagi org ngasuh dulu pakat tak bagi.laa..niterimalah habuannya...sian Nayli.

ok lah...masuk blog lama lama pun tak syok jugak kan...sebab dok teringat mcm makan gaji buta..hehehehehehe.....hahahaha...bye .adiosss


Posted at 08:36 am by kacangpoi
Make a comment  

Feb 21, 2007
Semakin hari ku kenang..

Assalamualaikum..

emmm..lega no...dapat cuti empat hari.lehhh tenang kan fikiran.hehehhe..apa yang nak ditenangkan tah la.aku dok kat rumah saja dengan anak anak.kemas rumah.lipat kain yang berlonggok kat atas katil tu.emmm lega dah habis lipat.tak dan laaaa kalau hari kerja.nak  pi jalan jalan pun tak..jangan kata jalan jauh..keluaq simpang pat ni pun dak.oooo...ada la pagi senanyan u pi rumah kak ram dengan kak cik.ambik hantaran kawan dia .kak ram buat.dapattt 50.00 kat dia.

pagi ni boss tak dak.emmm..tikus mula la nak selongkaq komputer.selalunya tak dan  nak guna pun.ok la bubudak ramai pulak hari ni.cau dulu.adiossss


Posted at 09:02 am by kacangpoi
Make a comment  

Feb 9, 2007
eiiiiiiiiiiiiiiii...gerammmm!!!!!!!!!

Angryeiiiiiiiiiii.hangat hati aku ni dari kelmarin membawa kepagi ni..membawak kepetang.eii geram sungguh.kalau buleh la ni jugak nak cabut dari sini.tak tahan sangat dengan perangai dia.ishhh.. gerammmmmmmmmmmmmmm gerammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Posted at 01:52 pm by kacangpoi
Make a comment  

Semakin hari semakin boring..

Assalamualaikum..

pagi pagi nan sejuk lagi berangin ni dah terasa nak mengata kat org.Eiiiii...aku ni dah rasa boring sesangat laaa dengan mis xxx niii.Tah la..nak kata kaduk naik junjung..mungkin dia ni setakat pokok kacang kelisa kottt..nak kata lebih kuah dari mangkuk emmm..mungkin dia ni takat mangkuk maggi mee saja..ai entah la.yang aku tau makin hari makin menjadi jadi lah.Bila lah aku boleh cau dari sini.Dulu rasa juga disini lah segalanya..seronoknya masa ada kawan kawan lain tapi la ni..maaf laaa.cukup time saja rasa nak balik rumah.

Tahhh laa...Sad


Posted at 07:55 am by kacangpoi
Make a comment  

Feb 1, 2007
dulu senang,la ni senang la jugakk...

Hari ni dah 1 Februari dahh..aii cepatnya masa berlalu.Bila la nak boleh masuk library baru ni ntah laaa.Kalau tgk hari tu baru naik bumbung..Bukan apa..kalau lambat lagi pun bagus jugak.Dok sini pun bukan tak buat kerja..buat jugak.

aiman dah dua hari tak pi sekolah.mata merah.so cikgu kasi cuti lah.takut berjangkit agaknya.emmm...seronok sakan la dia.ubat dah ambik ..kalau tak lega jugak hari ni kena pi ambik lain la.Sian pulak..

nayli pun bukan main hebat lagi la ni.tak mau duduk langsung nak dukung saja kerjanya.Kelmarin ayah dia beli kereta tolak.haaa..yg abang kerja tolak saja.apa lagii kernyehhhh memanjang.kalau letak kat tilam jerit bukan main kuat.makin hari makin cerdik dua org tu.auta kita pun pandai dah.

Emm..ok lah rasa senak la.cau duluuuu

 


Posted at 10:07 am by kacangpoi
Make a comment  

Jan 27, 2007
dulu selalu,sekarang jarang

ShadesAssalamualaikum..

la ni pukoi 2.05..kena kerja hari sabtu.bukannya ramai orang sangat...tapi tak apa la ..sebab tak ramai user pun masih ada kerja yang perlu aku buat.kerja kerja yang tak boleh nak buat kalau ramai user.tapi sempat lagi masuk blog sat..heheh saja laaa.pening kepala jugak dok buat projek ni..nak kena mengguntingg tu yang tak tahan tu .lenguh tangan.haiii..mcm mana lah anak kat rumah nu...teringatnya.dengan kain baju yang tak berbasuh lagi.aiii bertuah jugak aku dapat suami yang kiranya memahami la jugak kerja kerja aku ni.terima kasih lah..kalau dia tak ada susah aku.bukan susah sikit...susah banyak.emmm..tu pun kadang tu aku rasa aku tak bersyukur punn...ntah la.kadang..manusia ni tak pernah puas dengan apa yang di beri.

okeylah.nak sambung projek sat.cau......

haaaaa..tudiaaaaa mai dah userrrrr.fuhhhhh rameiii la pulak.


Posted at 12:57 pm by kacangpoi
Make a comment  

Jan 25, 2007
Dulu lain,hari ni lain..

SmileAssalamualaikum

"dulu lain..sekarang lain..dahulu bujang sekarang dah kawin.."hehehehe...saja saja..nyanyi dipagi hari nan dingin lagi menyucuk ni.Hari on awai sikit.Mungkin terasa rajin agaknya.Tak perasan ka..blog aku tukaq rupa..???ok gak kan...ceria sikit.Tak la nampak cam berkabungggg saja..kalau tak pun macam blog cerita misteriiiiiii sajaaa kan?gelapppp...mcm masuk rumah hantu.

Alamak!!!!kenapa aku leh potong kuku tak habih ni.....ada ka leh tertinggai dua jari lagi yang kukunya tak dipotong...Ishhh laa teruknya aku.Terperasan dok taip taip ni nampak la yang lain pendek dua ni panjanggg ja kukunya.Teruk betoiiii...aku ni.Dah jadi pelupa.Elok laa..dengan rambut aku yang makin hari makin gugur...dengan pelupa aku ni..agaknya dah tak lama agaknya.Dulu rambut teballllll saja...la ni tinggai nipisss..boleh nampak sampai mana hala nuu punya la jarang.aiii ..nasibbbb nasib.

Okey lah.Lapaq la pulak.Nak kena pi beli...tapi ...perut ni kena buang dulu isinya.Aduiiiiii...senakkkkkkk..ok calo!!


Posted at 07:29 am by kacangpoi
Make a comment  

Next Page
zaman berzaman tinggal harapan..
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


ăLaNgKaH iNdAh DuNiA kUrAsA sAaT bErSaMa kAmu,KaMu DaN kAmU....

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed