Makin hari makin bingung..
Assalamualaikum
Dah agak lama aku tak masuk blog.Selain dari tak ada can langsung guna internet ni ..aku ada pi kursus Asas Pengurusan Perpustakaan Desa di K.l.Inilah pertama kali aku pi kursus di tempat yang jauh dan tinggalkan anak-anak dalam tempoh yang lama.10 hari tu kira amat lamalah bagi aku.Rindu sungguh pada anak-anak terutama pada Nayli yang baru tiga bulan tu.Apatah lagi masih menyusu badan.Lagi sedih bila dah balik dia dah tak nak menyusu lagi dah.Kalau bukan kerana ingat masa depan anak-anak...dan kalau bukan kerana desakkan suami suruh pi dan juga atas keyakinan boss ,aku memang tak mau pi.Biaq lah kerja sambilan macam ni sampai bila pun tak pa.Tapi bila ingat la ni pun semedang tak pernah cukup....nak tak nak itu lah yang perlu aku korban.
Lepas ni aku akan kerja kat perpustakaan desa.dah tak kerja lagi perpustakaan cawangan yang besar ni.tempat yang aku dan kak ram sama sama bangunkan..sama-sama bersusah payah pada mula mula nak buka library ni.berpenat lelah cari ahli ..aduhhh banyaknya kenangan disini.Sayangnya nak tinggai tapi apa kan daya...kak ram pun dah keluaq...lepas ni aku pulak menyusul...tinggal semua yang kami usahakan..tinggaikan semua kenangan disini.Ntah lah..lepas nia ku jadi rajin ke tak nak buka tempat baru ni.Semangat tu ada tapi tak la sekuat semangat masa nak buka lib.cawangan ni..mungkin umur dah meningkat badan pun dan tak berapa nak sihat sgt dah kot.Tapi demi sebuah kehidupan ..aku kena jugak buat perubahan.Semoga Allah akan kuatkan semangat aku.
User pun dah ramai ni.HAri ni aku kerja sorang.Kak jus dan zatur cuti.so,see u next story..cau.
Posted at 08:43 am by kacangpoi