Jan 24, 2007
Makin hari makin cantekkkkk....

Assalamualaikum

pening la rasa..macam  berpinaq pinaqqqq...Bukan apa saja gatai gatai bukak web google earth tuu..mau nya tak berpusing kapala hotak ni.Hari ni ..aku saja saja cari bahan untuk Perpustakaan baru aku nanti.Cari pelan pelan....sikit ..sikit...Library tu tak siap lagi punnn.Tapi tak pa la ..siap kan sikit sikit .Emmm..ada la jugak.Tapi aku cari untuk aku jumpa pulak pasai kg si Hazrul.Ceh..dia yang untunggg.Aku bagi ja artikel untuk dia.Sian budak tu..

Gaji dah masuk .Alhamdullillah.Boleh la bayaq apa yang patut.Kelmarin bawak Nayli pi cucuk.Siannnnn teriakkkkk anak ibu.Tapi ..bertuahnya anak aku tu sorang...lepas tu ok saja.Syukurlahh.Kalau tidak mcm mana laaa nak mai kerja.Aiman pun dah lega demam.Dah tuang sekolah dah sehariiiiii......aku pun tuang la kerja sehariiii la jugak.Anak punya pasaiii.Mak pun tak brapa sihattttt..sakit urat peha.Kesian kat mak.Ajak ambik ubat tak mau pulak.

emmmm..apa lagi.esok cadang nak bukak blog baru.blog PD simpang sanglang.hhhhahahahahahah...cadangggggggg.....blm tentu jadi.ok cau!!!


Posted at 03:36 pm by kacangpoi
Make a comment  

Jan 12, 2007
Makin hari makin meningkat..

Assalamualaikum..

Hari ni aku masuk blog awai sungguh.Buku dah beres dah aku susun.Jadi sementara aku naik bukan server ni aku ambik kesempatan la on blog aku ni.Emmm..hari ni  gembira sungguh tengok Aiman dah ok dah.Tak dak lagi  ayaq mata yang berlenang lenang bila nak pi sekolah.Semuanya ok saja..syukur alhamdullillah.Semoga anak anak aku menjadi  orang yang berjaya dunia dan akhirat.Aminnnn...Siapa pun memang harap anak anak berjaya.Tak ada rasanya ibu ayah yang  tak mau anak dia jadi orang yang terbaik..

Tak pa la..aku nak trun bwh .Have to do some job....kerja tetap kerja..gaji bila nak masuk tah la.Cepat la sikittt wehhhhh..aku ni tahap cikai mentibang laut dah niiii...Okey la ..cau dulu..daaa..!!!!


Posted at 07:27 am by kacangpoi
Make a comment  

Jan 10, 2007
Makin hari makin baik...

Asalamualaikum..emmm..lega raanya bila Aiman dah mula ok pi sekolah.Walau pun pagi ni teriak lagi tapi tak la seteruk hari hari lepas.Belajaq dah ok.Iqra' pun dah mula belajaq.Cikgu kata dia cepat buleh.Alhamdullillah..syukur moga makin hari makin baik....

 


Posted at 02:55 pm by kacangpoi
Make a comment  

Jan 8, 2007
makin hari makin pening...

Dah dua kali aku pening tahap cipan ni..hari Jumaat hari tu dengan hari ni.Pening sungguh dengan anak sulung aku Aiman ni.Aku hantaq pi sekolah dia siap teriak yang bukan bukan..kat rumah bukan main cakap pandai lagi.Hari Jumaat hari tu tak pa lah aku tunggu jugak..hari ni aku tinggai saja.Biaq la dia teriak jugak..takkan lah selamanya aku nak tunggu...kalau ikut ayah dia ...huhhh jadi lagu hari ni la..aku tinggai dia pi ambik bawak balik.Habis sampai bila la dia nak boleh mula sekolah...sudah la tahun lepas aku try hantaq pun tak lulus..tahun ni pun buat perangai jugak.Abih smpai bila dia nak start sekolah....Ya Allah aku bengang niiii...aku nak buat mcmlahhhhh...cuba la pakat bagi cadangan tengok aku nak buat mcm mana?Tak peraya di pujuk tak peraya di jerk dia..tak makan langsungggg.Aku peninggg laaaa...

Posted at 09:48 am by kacangpoi
Comment (1)  

Jan 3, 2007
Makin Hari makin bertambah..

Assalamualaikum..selamat pagi.Selamat hari raya aidiladha walaupun hari ni dah habis dah raya...selamat tahun baru 2007.Dah masuk tahun baru ni ..hemmm..jangan tanya lah bab bab azam ni.aku sememnagnya tak pernah ada azam rasanya..kalau ada pun ..cuma benda benda yang sama setiap tahun...biasa la...kannn??

Sebenaqnya hari ni masuk blog awai cadangnya nak lah insert  gambaq nayli.Tapi this "flop poppy A"tak boleh nak guna.Hampehhhhh...server niiiii..bikin susahhhh jerr.Hehehehhe..nebermainnnnn..kang aku try buat kat bawah lak.itu pun setelah my boss balik ..hehehehehe...

Hari ni ..hari mula kerja di tahun baru.selamat bekerja kepada semua kengkawan terutama buat Jah Mata Ayer..(mat tahirrrr..mata ayerrrr...) dan sangkelu yang tak pernah mengelu.semoga jadi pekerja yang terbaik ditahun ni.Walaupun tak ada ucapan terima kasih diatas perkhidmatan kita tapi ingat lah kerja kita tu satu ibadat..moga Allah akan membalas segala jasa kita dengan rahmat-Nya.Khutbah diawal pagi......

Esok anak aku Aiman aku mula masuk tadika.Aku masuk kan ke tadika Jaips..Aku berdoa semoga dia dapat menjalani persekolahan dengan baik.Kalau tengok ke semangat memang berkobar-kobarrrr..apa yang aku takut kat rumah saja berkabarnya..nanti kat sekolah..lain pulak jadinya.Tapi kalau mengikut sejarah...aku dan ayahnya..emmmm..tak lah ada yang teriak pi sekolah.semua ok saja.jangan laaa..si Aiman memulakan sejarah lain la pulakkkkk...

Okeylah...dah  agak lama kat hypermedia.tadi bersih bersihkan sikit bilik ni..so..ni nak turun bawah.gua cau dulu yaaaa...bye


Posted at 08:18 am by kacangpoi
Make a comment  

Dec 26, 2006
Makin hari makin sayang...

Assalamualaikum..selamat petang kepada kawan kawan yang berada di U.K,Scortland,Nicaragua dan juga Papua New Guinea..hehehehe...Boss aku pi tengok bawang..aku siap support lagi suruh pi tengok..bukan apa.leh la kau masuk blog.

Wahhhh..la ni kat Perlis sejuk sungguh.Jangan kata nak mandi pagi ..nak mandi tengahari pun rasa sejuk macam ayaq ais.Tapi pagi tadi..aku mandikan Nayli awai sebab nak bwk di pi klinik.Bulan ni tak payah cucuk ...lega sikit..timbang saja.6.2kilo dah..baru empat bulan.Okey la tu..tak lebih tak kurang...Si abang Maman pulak jangan harap la nak mandi awai...bukan main banyak alasan dia .Sifat siapakah yang diwarisinya itu...?Segan sungguh nak mandi..?heheheheh..sapa lagiii.

Hari ni ada budak praktikal kat sini.Si Hazrul.Sian budak ni...lurus sungguh.Aku suruh duduk kat  kaunter nak ajaq serba sikit dia tak mauu..dia melilau saja kat rak ke rak.Katanya nak check  susunan buku.Haaa..sudah!!!Betoi sangat ka susunannn tuuuu?Maaf wahai saudara sekiranya buku itu memeningkan kepala saudara.Aku simpati la kat dia ni..masa kursus pun ramai yang main main kan dia..ish sian sungguh.

Emmm..apa khabar lah kawan kawan yang pi kursus hari tu...emmm..sapa ya Sanit..Duan..Awe..Bachok..Hafiz..Dayang ..Ogy..Mas..bang Am..Priya..Nor..Shahida..Azura..aduhh ramainyaaaa..tak tercapai ingatan yang dah sedikit berkarat ni nak ingat.Semuanya baik baik belaka....

Perut rasa lapaq.Aku nak makan apa ntah...nak suruh Si puteh pi beli la rasanya.Lapaq sungguh.Okey la..cau.


Posted at 01:40 pm by kacangpoi
Make a comment  

Dec 22, 2006
Makin hari makin bingung..

Assalamualaikum

Dah agak lama aku tak masuk blog.Selain dari tak ada can langsung guna internet ni ..aku ada pi kursus Asas Pengurusan Perpustakaan Desa di K.l.Inilah pertama kali aku pi kursus di tempat yang jauh dan tinggalkan anak-anak  dalam tempoh yang lama.10 hari tu kira amat lamalah bagi aku.Rindu sungguh pada anak-anak terutama pada Nayli yang baru tiga bulan tu.Apatah lagi masih menyusu badan.Lagi sedih bila dah balik dia dah tak nak  menyusu lagi dah.Kalau bukan kerana ingat masa depan anak-anak...dan kalau bukan kerana desakkan suami suruh pi dan juga atas keyakinan boss ,aku memang tak mau pi.Biaq lah kerja sambilan macam ni sampai bila pun tak pa.Tapi bila ingat la ni pun semedang tak pernah cukup....nak tak nak itu lah yang perlu aku korban.

Lepas ni aku akan kerja kat perpustakaan desa.dah tak kerja lagi perpustakaan cawangan yang besar ni.tempat yang aku dan kak ram sama sama bangunkan..sama-sama bersusah payah pada mula mula nak buka library ni.berpenat lelah cari ahli ..aduhhh banyaknya kenangan disini.Sayangnya nak tinggai tapi apa kan daya...kak ram pun dah keluaq...lepas ni aku pulak menyusul...tinggal semua yang kami usahakan..tinggaikan semua kenangan disini.Ntah lah..lepas nia ku jadi rajin ke tak nak buka tempat baru ni.Semangat tu ada tapi tak la sekuat semangat masa nak buka lib.cawangan ni..mungkin umur dah meningkat badan pun dan tak berapa nak  sihat sgt dah kot.Tapi demi sebuah kehidupan ..aku kena jugak buat perubahan.Semoga Allah akan kuatkan semangat aku.

User pun dah ramai ni.HAri ni aku kerja sorang.Kak  jus dan zatur cuti.so,see u next  story..cau.Wink


Posted at 08:43 am by kacangpoi
Make a comment  

Dec 4, 2006
Ada apa dengan angin..

SmilePagi ni sejuk sungguh.musim timoq dah agaknya...Dingin aja macam dok kat England la pulak.Anak-anak aku pulak tidoq nak kena pakai kipas.Mai time pagi fulamakk sejuknya.Aku nak selimut payah la sikit .Nayli asyik nak mengonggong..kalau dah selimut dia pulak berpeluh.Berkorban apa saja,aku tak selimut sampai siang..lip pok lip pok mata tak leh lena.

Kak ram mai tat sat.Hantaq kek dan "kek".Kak ram buat kek sedap sungguh.Aku pun menuntut jugak ilmu buat kek ni dari dia tapi tak la rasa sedap mcm dia buat.slupppppTonguesedappp.

Ohhh.....pagi ni aku leh on awaiiii tenet ni.hehehehe..boss tak dakkkkk.bos besaq tak dak bos kecik pun tak dak..wahhhhhh....enjoyyyy katakkkkkk..yiihaaaaaa..aribaaa aribaaaa andreyyy..andreyyyyy!kihkihkihkihkih...bukan apa biaq buat kerja sorang pun aku tak kisah..janji aku selesa sangat.susun buku hak bertimbun pun tak pa ..janji rockkkkkkk!Bukan aku  x-syen jauh sekali aku  x-tream tapi aku suka la lagu niiiiiii...

Tapi kalau memanjang kena kerja sorang semput aku.hehehehe...ntahlah manusia ni serba tak kena kan?!!!emmm tu dia pakat mai dah user kecik kecik..rameiiiiinyaa.Okey lah aku cau dulu ya!


Posted at 08:54 am by kacangpoi
Make a comment  

Dec 1, 2006
Ada apa dengan pagi Jumaat

Assalamualaikum..selamat pagi.

Pagi ni pagi Jumaat.Angin sejukkk saja bertiup kat luaq nu.Kat dalam ni dah tau la memang sejuk pun..aircond .Adapun pada pagi yang mulia ini aku merasa sedikit mengantuk kerana aku makan nasik lemak terlajak la pulak.Al maklum la bila dah makan lebih ni mata pun segan nak angkat.Bukan apa sedap pasai pagi ni makan dengan Kak Ram.Lama dah tak sarapan ngan kak ram..syok la bila leh jumpa.Dia dah kena kerja kat Kuala.Ntah terus ka sat saja aku tak tau.Tapi kalau tgk keadaan la ni nampak gaya kak ram sure dok kat sana.

Emm..kawan kawan pegawai PKS tu dah tamat perkhidmatan .HAri ni dah tak kerja.siannyaa..aku tumpang simpati dengan depa..walaupun nasib aku sendiri pun tak tau lagu mana lagi.Kalau ada rezeki lagi di lib.syurkurlah..kalau tak ada ..apa nak dikata...(sekali mcm lagu xpdc la pulak..)

Okeylah.Ada user nak jadi ahli...aku stop dulu ya

Shades


Posted at 08:57 am by kacangpoi
Make a comment  

Nov 30, 2006
Ada apa hari ini...

Assalamualaikum...

Hari ni biasa biasa saja..tak ada yang menarik.Sama macam hari hari lain.Hari ni jugak mak kena jaga Nayli si kecik aku tu lagi.Emmm..mak mertua aku pi  Kulim.Mak sedara mail ajak.dia memang suka bejalan.Nak buat lagu mana.....terpaksa la mak jaga lagi hari ni .Walaupun balik rumah tengahari ni kena hingaq dengan mak..apa buleh aku buat ..nak marah ka nak hingaq ka..aku dengaq jugak la.

Hari ni aku pi selesai selesaikan urusan bank.Dah lama dok tangguh tangguh .Sementara officer aku cuti ni aku ambik peluang ni lah.kalau dia ada segan aku.Kang apa pulak dia kata.Kalau aku tak buat urusan time kerja time mana lah nak buat..lagi pun bank pun buka time ni saja.

Ishhh..alangkah seronoknya kalau bulan ni gaji masuk sekali dengan bonus.Dapatlah aku buat apa yang patut.Bayaq bil telefon yang tertunggak..elektrik..aduhhh..banyaknya.Duit pun  tak dak dah..emmmmm...mana nak cari lagi ni...Dan lagi malang kalau dalam keadaan macam ni perkhidmatan ditamatkan takat bulan dua belas ni saja.Waduhhh..kok bisa menongkol akuuuuu.

Officer pks kat lib.aku pun takat hari ni saja.Siannn..elok elok kerja kena berentii..Ntah lah.Nasib ayam nampak kat kentucky nasib kita ish tak tauu lahi..


Posted at 01:40 pm by kacangpoi
Make a comment  

Previous Page Next Page
zaman berzaman tinggal harapan..
   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


ăLaNgKaH iNdAh DuNiA kUrAsA sAaT bErSaMa kAmu,KaMu DaN kAmU....

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed